photo bannereffiey_zps3c50b3ae.png

Friday 19 October 2012

cinta part 1



''Rania Safiya!!'' mak oi!! Penuh nama aku kau panggil. Farah hanya tersenyum melihatku.

'' Apa yg kau pikirkan itu Nia, aku panggil pun kau tak sedar ? Tanya farah..

'' Dia tengah pikirkan 'Princee Charming' dialah tu Farah '' usik Zahra.

'' Dah nak jadi isteri pn masih tak buang lagi hobi kau yang ni ya. Sudah-sudahlah Rania tinggalkan sahaja hobi kau ini,'' ujur Farah sinis. Mula nak kena kan aku lah korang dua ye.. Aku tayang gigi.

'' Alah aku termenung pun salah?? Mana lah Am ni pulak, tak datang lagi ni. Kata nak pergi beli barang hantaran. Huh!'' Farah dan Zahra hanya tersenyum melihat ku merunggut menunggu Am.

'' Sabar lah Cik Nia, kejap lagi sampailah 'Prince Charming' kau tu,'' celah Farah.

Ammar Ilham, tunangku dan bakal menjadi Imam ku nanti.







Setengah jam menunggu, Aku sudah berada dalam kereta. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan kami.

'' Rania, Am minta maaf ye,'' Ammar memulakan bicara.

'' Tak pe, Nia faham. Am tadi Ibu ada call tanya pasal majlis kahwin Kita,'' Am hanya tersenyum. Aku sudah menyangka reaksi nya, Dia lansung tidak memikirkan soal perkahwinan kami. Hanya Aku yg beriya-iya dengan hari bahgia kami.





Aku hairan bila Ammar membawa ku ke Butik Pengantin. Sampai saja di sana Aku terus di bawa Kak Mas, pemilik butik untuk melihat barang hantaran dan baju pengantin yang berada di satu sudut. Kak Mas memberitahu Aku yang semua barang sudah siap cuma menunggu Aku dan Am memilih konsep pelamin saja.

Aku mencari Ammar untuk mendapatkan kepastian, apa semua ini Dia yang siapkan.

Ku pandang Am dan Dia menghampiriku dan berkata padaku,

'' Semua ini untuk Awak sayang, Saya harap awak suka semua yang saya pilih.'' Aku tidak menyangka Ammar sudah menyiapkan semua nya tanpa pengetahuaan aku.

'' Terima Kasih Am.'' Aku tidak mampu nak berkata apa-apa, Hanya Allah tahu bertapa aku gembira hari ini.





'' Rania!'' aku terkejut bila Am memanggil ku.

'' Apa yang awak menungkan tu, Jom, kita cuba pakai baju pengantin ni, Kalau besar nanti kita dapat kecilkan.'' Am menghulurkan Baju kebaya itu padaku.

Aku hanya tersenyum dan terus mencuba baju kebaya itu dan di bantu oleh Kak mas dan pembantu nya.





'' Cik Rania bertuah ada bakal suami macam En. Ammar, Dia sendiri yang reka baju ni dan pilih semua barang untuk hantaran.'' Aku tersenyum bila Kak Mas memberitahu bertapa senang berurusan dengan Am. Aku akui baju yang Am reka untuk ku memang cantik dan mengikut warna kesukaan ku..



Setengah jam dalam Butik kami berdua beransur dari situ.



'' Am, Thanks sebab buat semua ni untuk Nia,'' Am mengenggam erat tanganku.

'' Saya buat semua ini untuk orang yang saya sayang, tak salah kan? Saya akan buat awak bahagia hingga akhir hayat saya Nia..'' aku terkedu mendengar kata-kata Am.

'' Terima Kasih Am,''

No comments:

Post a Comment