photo bannereffiey_zps3c50b3ae.png

Friday 19 October 2012

cinta part 4


'' Alamak!!'' jerit Rania.

'' Kau kenapa nia?'' tanya Farah dan Zahra serentak.

'' Aku lupa lah, Am ajak aku keluar nanti.'' ujurku sambil tersenyum melihat mereka berdua yang masih terkejut.

'' Aku ingatkan apalah tadi, terkejuat aku d buatnya''

'' Kau ni Nia.! Nasib kami dua ni tak de sakit jantung. Hampir nak terjatuh aku.'' sampuk Farah.

'' Haha.. Itu balasan untuk korang yang suka sangat buat aku terperanjat.'' ujurku.

'' Korang aku mintak maaf ek, tak dapat nak join korang kemas rumah. Tapi aku janji aku belanja mee goreng untuk korang'' sambung ku.

'' Yes, kalau bab belanja tu aku suka.'' ujur Farah gembira.

'' Tak pe Nia. Ini pun dah kemas dh.'' sampuk Zahra.

'' Korang nak pegi mana?'' Tanya Zahra.

'' Ammar ajak aku pergi beli cincin kahwin, itu pun pagi tadi baru nak cakap. '' jawabku.







Ammar datang tepat seperti yang dia janji pagi tadi.



'' Apa yang awak senyumkan tu Am? Pasti ada sesuatu yang awak rahsiakan dari saya kan?'' soal ku, memulaka bicara.

'' Tak ada apa-apa lah Nia, saya cuma rasa happy sangat sebab tak lama lagi kita kahwin.'' jawab Ammar.

'' Saya pun happy sangat tau.''





Sampai di Shopping Mall, kami terus ke tempat yang Ammar kata kan, untuk memilih cincin kahwin kami nanti.





'' Nia, awak nak design yang macam mana?'' Tanya Am.

'' Saya nak yang Simple but Nice.'' sahut ku.



Sambil menunggu Ammar memilih, Aku tertarik melihat sebentuk cincin yang sangat Simple. Ammar menghampiriku.



'' Nia, Saya rasa ini sesuai untuk awak.'' ujur Ammar sambil menunjukan cincin yang aku lihat tadi.

'' Cantik.! '' aku gembira melihat Am sentiasa tahu apa yang aku inginkan.

'' Am. Thanks sebab awak sentiasa tahu apa yang saya inginkan.'' sambung ku.

'' Saya buat ini untuk awak Nia, hanya ini yang saya dapat lakukan untuk awak.'' sahut Am sayu.



Selesai membeli cincin dan makan tengahari, Ammar menghantarku pulang.



'' Nia, esok saya nak balik Johor. Awak betul tak nak ikut ni?'' tanya Ammar memecah kesunyian.

'' Saya tak dapat cuti lah Am, lagipun mak dan ayah kan datang esok.''

'' Tak pe lah kalau macam tu, balik sorang lah nampaknya.'' Aku hanya tersenyum mendengar Ammar seperti merajuk.

'' Nia, andai apa- apa jadi kat saya lepas ni, Saya nak awak tahu saya sayangkan awak, sayang sangat.'' ujur Ammar.

'' Apa yang awak merepek ni! Lepas ni saya tak nak dengar awak merepek macam tu lagi tau.''

Ammar hanya tersenyum layu saja. Aku benar-benar kurang senang dengan kata-kata nya itu.

cinta part 3



Selesai Solat Subuh, Aku duduk d sofa sambil melihat kebaya perkawinan ku. Tersenyun bila teringat reaksi Farah & Zahra bila aku menceritakan tentang persiapan perkahwinan ku semalam.





'' Betul ke apa yang kau cakap ni Nia?'' Tanya farah seolah tidak percaya..



Aku hanya senyum dan mengiyakan pertanyaan Farah.



'' Untung nya kau Nia, Dapat bakal suami macam Ammar tu.'' Sambung Zahra.



'' Aku pun tak sangka dia dah tempah semuanya. Aku happy sangat.''



'' Kami tumpang gembira Nia.'' Ujur farah.



Kami bertiga bepelukan. '' Thank you, sayang korang.''





''Makin aku layan hobi aku ni, makin menjadi. Bagus aku buat sarapan'' Gerutu hati ku.



Handphone berdering pula.



'' As salam,'' Ammar memberi salam

'' Wa'kmslm,'

'' Awak tengah buat apa tu Nia?''

'' Saya baru selesai Solat, Am dh Solat?''

'' Dah. Nia, tengahari nanti Am ambil Nia ye,''

'' Kita nak pergi mana?''

'' Kita pergi beli cincin kahwin lh sayang''

'' Okey lah, Am ambil Nia dalam pukul 1 ye.''

'' Okey sayang. As salam''

'' Wa'kmslm.''



'' Hari ni nak sarapan apa ye?'' sambil tengah cari barang nk buat masak Farah mengejutkan aku.



'' Ya Allah, kau ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung,''



Farah hanya ketawa melihat aku memarahinya.

cinta part 2


'' Nia, saya harap awak suka dengan barang yang saya pilih tu ye'' Bicara Am memecah kesunyian.

'' Hmmm,.,..'' Ringkas Rania menjawab.

'' Kenapa ni? Awak macam tak suka je dengan barang yang saya pilih untuk hantaran tu. Kalau awak tak suka kita boleh ubah ekot citarasa Nia.'' Celah Ammar bila melihat aku diam sahaja.





Aku hanya tersenyum melihat Ammar.



'' Nia suka semuanya Am. Thanks Am, sebab buat semuanya untuk Nia.''

'' Am buat semua ni untuk orang yang Am sayang, tak salah kan?'' Sahut Ammar.

'' Nia hujung minggu ni Am nak balik Johor. Nia nak temankan Am?'' Sambung Ammar.



''Sorylah Am, hujung minggu ni Mak & Abah nak datang. Lagipun Am tahu kan Nia baru je dapat kerja, susah sikit nak mintak cuti lah Am.'' Ujur Nia.

'' Takpe lah, orang dah tak nak teman kan. Kalau apa-apa jadi kat Am nanti, Nia jangan menyesal tau.'' Celah Ammar.

'' Apa yang Am merepek ni!''



Aku tahu Ammar hanya nak bergurau, tapi aku tidak senang dengan gurauan Nya itu.







'' Am, Thanks untuk hari ni ye. Nia happy sangat.'' Ujur Rania sebelum keluar dari kereta.

'' U are welcome Sayang.'' Sahut Ammar.



Aku masuk ke dalam rumah. Aku terlalu gembira hari ini. Terima Kasih Am.





'' Rania, Aku tengok lepas ko balik dari jalan dengan Ammar tadi hobi kau tu makin menjadi-jadi ye? Ada apa-apa ke? '' Tegur Zahra.



'' Kau ni Zahra, macam lah tak tahu si Rania ni. Pantang ada masa terluang, ada je yang di menung nya'' Sampuk Farah sambil menghulur segelas milo panas kepada kami.



'' Korang ni kalau sehari tak kenakan aku memang tak dapat ke??'' Celah ku.



'' So, macam mana dengan barang hantaran korang tu?'' tanya Farah.



Aku hanya senyum apabila farah menanyakan hal perkahwinan ku.

cinta part 1



''Rania Safiya!!'' mak oi!! Penuh nama aku kau panggil. Farah hanya tersenyum melihatku.

'' Apa yg kau pikirkan itu Nia, aku panggil pun kau tak sedar ? Tanya farah..

'' Dia tengah pikirkan 'Princee Charming' dialah tu Farah '' usik Zahra.

'' Dah nak jadi isteri pn masih tak buang lagi hobi kau yang ni ya. Sudah-sudahlah Rania tinggalkan sahaja hobi kau ini,'' ujur Farah sinis. Mula nak kena kan aku lah korang dua ye.. Aku tayang gigi.

'' Alah aku termenung pun salah?? Mana lah Am ni pulak, tak datang lagi ni. Kata nak pergi beli barang hantaran. Huh!'' Farah dan Zahra hanya tersenyum melihat ku merunggut menunggu Am.

'' Sabar lah Cik Nia, kejap lagi sampailah 'Prince Charming' kau tu,'' celah Farah.

Ammar Ilham, tunangku dan bakal menjadi Imam ku nanti.







Setengah jam menunggu, Aku sudah berada dalam kereta. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan kami.

'' Rania, Am minta maaf ye,'' Ammar memulakan bicara.

'' Tak pe, Nia faham. Am tadi Ibu ada call tanya pasal majlis kahwin Kita,'' Am hanya tersenyum. Aku sudah menyangka reaksi nya, Dia lansung tidak memikirkan soal perkahwinan kami. Hanya Aku yg beriya-iya dengan hari bahgia kami.





Aku hairan bila Ammar membawa ku ke Butik Pengantin. Sampai saja di sana Aku terus di bawa Kak Mas, pemilik butik untuk melihat barang hantaran dan baju pengantin yang berada di satu sudut. Kak Mas memberitahu Aku yang semua barang sudah siap cuma menunggu Aku dan Am memilih konsep pelamin saja.

Aku mencari Ammar untuk mendapatkan kepastian, apa semua ini Dia yang siapkan.

Ku pandang Am dan Dia menghampiriku dan berkata padaku,

'' Semua ini untuk Awak sayang, Saya harap awak suka semua yang saya pilih.'' Aku tidak menyangka Ammar sudah menyiapkan semua nya tanpa pengetahuaan aku.

'' Terima Kasih Am.'' Aku tidak mampu nak berkata apa-apa, Hanya Allah tahu bertapa aku gembira hari ini.





'' Rania!'' aku terkejut bila Am memanggil ku.

'' Apa yang awak menungkan tu, Jom, kita cuba pakai baju pengantin ni, Kalau besar nanti kita dapat kecilkan.'' Am menghulurkan Baju kebaya itu padaku.

Aku hanya tersenyum dan terus mencuba baju kebaya itu dan di bantu oleh Kak mas dan pembantu nya.





'' Cik Rania bertuah ada bakal suami macam En. Ammar, Dia sendiri yang reka baju ni dan pilih semua barang untuk hantaran.'' Aku tersenyum bila Kak Mas memberitahu bertapa senang berurusan dengan Am. Aku akui baju yang Am reka untuk ku memang cantik dan mengikut warna kesukaan ku..



Setengah jam dalam Butik kami berdua beransur dari situ.



'' Am, Thanks sebab buat semua ni untuk Nia,'' Am mengenggam erat tanganku.

'' Saya buat semua ini untuk orang yang saya sayang, tak salah kan? Saya akan buat awak bahagia hingga akhir hayat saya Nia..'' aku terkedu mendengar kata-kata Am.

'' Terima Kasih Am,''